Updated Terbaru Intan:"Sian Anak Bonda"

Updated Terbaru Intan:"Sian Anak Bonda"

Loading...
Updated Terbaru Intan:"SIan Anak Bonda"

Semua sedia maklum Intan Liyana dan suaminya Ude telah sah bercerai dengan talak satu semalam (22-Mac-2018).
MH akui bukan mudah untuk kedua-dua pihak lalui semua ini terutamanya Intan selaku isteri pertama yang kehilangan suaminya.
Namun tengah malam tadi, Intan telah berkongsi sedikit kata dua sebelum melelapkan mata di Instagram miliknya. Intan bersyukur semuanya berakhir kerana selama ini tidak terpaksa memendam segala rasa baik perkara-perkara yang tidak memuaskan hati mahupun geram.
Apa yang membuatkan ramai sebak membaca intan selain menulis ‘kasihan anak bonda’, Intan turut meminta bekas suaminya itu menjaga ‘si dia’ sebaik habis yang mungkin kerana sedar dirinya itu ada kekurangan.
Malah, Intan turut berkata semua yang terjadi ini memberinya satu ganjaran sebagai pengajaran supaya dirinya lebih berhati-hati dan jangan berikan sepenuh hati kepada seseorang.
Malah Intan memberitahu dia terima semua ini dan terus move on.
Aduh sedih pula rasanya! Apapun semoga Intan lebih tabah selepas ini dan sentiasa sabar dengan apa sahaja yang mendatang.
Sumber: MH via BeritaSteady

“Aish Baik-Baik Dengan Baba, Jangan Lupa Bonda” – Isteri Pertama Ude



Sejak akhir-akhir ini laman sosial Instagram (IG) Intan Liana, isteri pertama kepada pemuzik bebas, Ude Wahid, dibanjiri entri berbaur emosi.

Entri-entri yang dimuat naik Intan turut mengundang tanda tanya di kalangan pengikutnya dan sudah tentulah ia dikaitkan dengan statusnya sebagai madu kepada pelakon Izreen Azminda.

Ada juga pengikut Intan di IG mengaitkan kesedihan Intan adalah disebabkan dia terpaksa berpisah dengan anak sulungnya Arish Muqri, 3.

Menerusi komen-komen pengikut Intan, dipercayai Arish kini tinggal bersama bapa dan ibu tirinya berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik di IG Ude Wahid.

Di ruangan tersebut juga, pengikut meminta Intan bersabar dan terus kuat menghadapi ujian daripada Allah SWT serta tidak mengalah demi anaknya.

Mungkin kerana tidak pernah berpisah dengan Arish yang manja dengan panggilan Aish itu, menyebabkan Intan sentiasa merindui anaknya itu.

Beberapa muat naik di IG Story Intan juga, sudah cukup untuk menggambarkan betapa hati seorang ibu sedang memendam perasaan.



Terdahulu, kira-kira empat hari lalu, Ude turut memuat naik entri ‘#SABAR’ di IGnya dan menulis kapsyen “Hebat permainan awak..” disertai dengan hashtag #lakonanhebat #koboletipusemuaorg #koxboletipudirisendiri #lameakudiam  #akuperhatijedulu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan entri tersebut ditujukan kepada siapa.

Catat Ulasan

0 Ulasan