Video : Sedap-sedap kutuk Tun M,Dr Kamarul Zaman terkejut, muka berubah lihat kehadiran Tun M dalam Wacana Sinar ke 53

Video : Sedap-sedap kutuk Tun M,Dr Kamarul Zaman terkejut, muka berubah lihat kehadiran Tun M dalam Wacana Sinar ke 53

Loading...
Video : sedap-sedap kutuk Tun Mahathir Dr Kamarul Zaman terkejut dan muka berubah selepas kehadiran Mahathir dalam Wacana Sinar ke 53:

Video : sedap-sedap kutuk Tun Mahathir Dr Kamarul Zaman terkejut dan muka berubah selepas kehadiran Mahathir dalam Wacana Sinar ke 53


Video : sedap-sedap kutuk Tun Mahathir Dr Kamarul Zaman terkejut dan muka berubah selepas kehadiran Mahathir dalam Wacana Sinar ke 53 | PETALING JAYA: Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan mengejut di satu wacana yang membincangkan kemampuan menjadi perdana menteri usia 93 tahun.

Beliau tiba-tiba muncul sekitar 4.10 petang tadi, di tengah-tengah wacana “Apakah Tun M terlalu tua untuk jadi PM?” anjuran Sinar di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Kehadirannya disambut tepukan gemuruh para hadirin yang datang mendengar hujah daripada penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia, Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki seorang pakar psikologi dan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Dr Mahathir membuat penampilan bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Hanya beberapa minit duduk di bangku penonton, penganjur membuka ruang kepada bekas perdana menteri itu untuk menjawab hujah ahli panel.

“Memang faktor umur memberi kesan tapi umumnya saya sihat walaupun saya ada sakit jantung,” katanya bertentang muka.

“Sihat tidak bermakna boleh berlari, saya aktif bukan sahaja tubuh badan tapi akal fikiran untuk menyelesaikan masalah. Ramai orang sampai 100 tahun boleh fikir dengan baik,” tambahnya.

Faktor usia Dr Mahathir menjadi bahan perbualan pengkritik pilihan Pakatan Harapan, yang menggandingkan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.
Beliau dirasakan paling mampu untuk membawa PH menembusi kawasan-kawasan Melayu luar bandar. Wan Azizah, merupakan isteri kepada pilihan pertama PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan dibebaskan 8 Jun ini.

Dr Mahathir memberitahu hadirin bahawa dia terpanggil untuk sekali lagi menyahut seruan politik kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini kali kedua beliau cuba menyingkir seorang perdana menteri selepas bersara.

“Saya sanggup jadi perdana menteri kerana desakan. Saya letak jawatan pada 2003 sebab saya fikir dah lama jadi perdana menteri jadi saya nak rehat,” katanya.

Dr Mahathir mengumumkan keluar Umno pada Februari 2016 kerana pertikaian tentang 1MDB dan membawa bersamanya beberapa veteran parti untuk menubuhkan PPBM.

“Saya cuba nasihat kerajaan yang ada tapi mereka tak dengar. Saya lihat cara pemerintahan sekarang tidak bepegang kepada ketelusan, ini yang menyebabkan saya khuatir. Saya cuba nasihat tapi tak dengar, jadi saya buat parti lain dan bergabung dalam PH untuk menumbangkan kerajaan Najib,” katanya.

Ini Pula Pendapat Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri 

SHAH ALAM- Pengerusi Bersatu, Tun Dr  Mahathir Mohamad dilihat berkemampuan menjadi perdana menteri sekali lagi pada usia 93 tahun disebabkan beliau mampu menangani tekanan sekali gus memberi kesan positif pada tahap kesihatannya.

Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri berkata, tekanan adalah antara faktor yang mampu menjejaskan kehidupan seseorang individu terutamanya daripada sudut kesihatan tanpa mengira peringkat usia.

“Daripada pemerhatian saya sendiri, sebagai salah satu contoh, saya dapati beliau (Mahathir) seorang yang sangat tenang dalam percakapannya dan cara beliau membawa diri tidak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang bersikap panas baran.

Jadi dengan keadaan ini, beliau berjaya mengurangkan tekanan dalam hidupnya.
“Begitu juga daripada segi gaya hidup yang aktif, pemakanan yang sederhana yang diamalkan olehnya sekali gus telah membebaskan beliau daripada tekanan dan mampu menjalani kehidupan lebih sihat. Jadi yang membunuh kita sebenarnya adalah tekanan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, persoalan sama ada Mahathir layak atau tidak dari segi usia tidak boleh ditentukan.

“Dari segi usia Wallahualam. Di usia 93 tahun seperti yang semua tahu, pelbagai perkara boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Tidak kiralah pada usia 90 atau 50, soal kesihatan itu melibatkan banyak faktor dan bukannya bergantung kepada satu perkara sahaja,” katanya.

Kevin bekata, beliau turut bersetuju dengan kenyataan Mahathir yang menganggap tahap kesihatannya yang baik sebagai tuah.



“Dalam keadaan beliau kini, boleh dikatakan beliau tidak terlalu tua dan sudah tentu bagi saya beliau layak menjadi perdana menteri sekali lagi,” katanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan