Video Terakhir Raja King Cobra Abu Zarin Bermain Ular Sebelum Maut

Video Terakhir Raja King Cobra Abu Zarin Bermain Ular Sebelum Maut

Loading...
Video Terakhir Raja King Cobra Abu Zarin Bermain Ular Sebelum Maut

Termeloh : Semalam perkembangan Wira Penyelamat amat stabil di ICU sudah menunjukan tanda-tanda positif selepas bertarung nyawa dipatuk Ular tedung ketika menangkap reptilia tersebut.

Namun tengah malam tadi pukul 12.45 pagi malam jumaat yang mulia Abang Abu (Abu Zarin  Hussin) atau lebih mesra dengan gelaran Wira penyelamat yang berasal dari Pasir Putih Kelantan telah dijemput ilahi.

Jenazah nya akan dibawa ke kampung halaman nya di Pasir Putih Kelantan dari Hospital termeloh, tiada lagi Abang Abu yang sangat rapat dengan ular-ular peliharaan nya yang bernama “King”.

Namun ajal nya bukan disebabkan patukan ” King ” ajal nya disebabkan patukan Ular tedung yang cuba ditangkap nya selepas mendapat laporan dari orang awam mengenai reptilia tersebut.

Ikuti apa yang berlaku kepada Abang Abu semasa dipatuk ular terbabit yang diceritakan oleh saksi yang berada ditempat kejadian.

Ketika kejadian saya dalam kereta dan melihat suami (Abu Zarin Hussin) bermain dengan ular tedung di luar sebelum dipatuk.

Saya terus bergegas keluar mendapatkannya dan ketika itu dia masih sedar…boleh berjalan serta menyimpan ular tedung berkenaan dalam guni,” kata Nur Afiqah Mohd Salim ketika menceritakan detik cemas suaminya dipatuk ular, Isnin lalu, sehingga menyebabkannya kini kritikal.

Terdahulu sebelum kejadian, Nur Afiqah, 30, berkata dia bersama suaminya berusia 33 tahun sedang makan sebelum menerima panggilan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak yang memaklumkan mengenai penemuan ular tedung di Bentong.

“Dia mengajak saya pergi sekali ke lokasi berkenaan….sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai anggota bomba yang perlu berkhidmat pada bila-bila masa dan dia memang gemar bermain dengan haiwan berbisa berkenaan.

“Namun, kali ini saya tergamam apabila melihat sendiri ketika dia dipatuk. Beberapa anggota bomba di balai berkenaan kemudian membawanya ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan dan dia tidak sedar ketika dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk rawatan seterusnya.

“Doktor yang merawatnya memberi vaksin dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HOSHAS,” katanya ketika ditemui di Temerloh, hari ini.

Nur Afiqah yang bekerja sebagai Guru Taman Bimbingan kanak-kanak (TABIKA), berkata suaminya itu sudah menunjukkan perkembangan positif dan sedar sejak jam 12.30 tengah hari semalam.

“Bagaimanapun, tangannya yang dipatuk ular semakin lebam dan doktor memberitahu mungkin akan dibedah dalam masa terdekat,” katanya.

Abu Zarin yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan sudah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota bomba dan pernah berkhidmat di BBP Muadzam Shah, Pekan dan kini di Temerloh.

Beliau mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin sudah beberapa kali dipatuk ular termasuk ular senduk dan ular sawa, malah pernah koma dua hari dan hampir meragut nyawanya apabila dipatuk ular tedung pada 2015. Al fatihah.

Catat Ulasan

0 Ulasan