Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup, Ini Jawab Najib, Tun M

Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup, Ini Jawab Najib, Tun M

Loading...
Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup, Ini Jawab Najib, Tun M


PETALING JAYA: Episod MasterChef UK mencetuskan sesuatu yang mustahil, apabila menyatukan dua pemimpin politik berlainan parti dalam mempertahankan peserta warga Malaysia yang tersingkir dari suku akhir program realiti televisyen itu pada Isnin.

Juri-juri mengkritik nasi lemak yang disajikan Zaleha Kadir Olpin apabila salah seorangnya, Gregg Wallace, mengatakan bahawa rendang ayam yang mengiringi hidangan utama itu kurang rangup.

Kritikan tersebut cukup membangkitkan kemarahan kebanyakan rakyat Malaysia, malah Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell, turut menegaskan di Twitter bahawa rendang ayam tidak pernah rangup.

Rendang ayam merupakan hidangan kari kering di mana ayam itu dimasak dalam santan dan rempah sehingga empuk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berpandangan yang sama mengenai rendang ayam.

"Mana ada orang makan rendang ayam rangup?," kata Najib di Twitter dan Instagram pada Selasa.

Sementara itu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir turut menyindir menerusi responnya kepada salah seorang chef berkenaan di Twitter, "Mungkin anda keliru antara ayam rendang dengan KFC," katanya yang merujuk kepada rangkaian restoran makanan segera berkonsepkan ayam goreng itu.

Malaysia dijangka mengadakan pilihan raya pada akhir April atau awal Mei, di mana Najib menerajui Barisan Nasional, manakala pihak pembangkang, Pakatan Harapan diketuai oleh Dr Mahathir.

Catat Ulasan

0 Ulasan